
PROFILE SYARIKAT
Redlife Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada 1hb Jun 2011. Kini syarikat REDLIFE telah berwajah baru seiring dengan perkembangan perniagaan masa kini. Ibu pejabat REDLIFE terletak di Kompleks Sempilai Jaya, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Kami adalah perintis utama didalam bidang Jualan Langsung yang membekalkan produk minuman, kesihatan & keperluan harian yang bemutu tinggi. Makmal Penyelidikan & Pembangunan kami dilengkapi dengan peralatan canggih dan kemudahan berteknologi tinggi dalam persekitaran yang canggih.
Kilang kami bertaraf ISO 9001, ISO 22000, dan mendapat pengiktirafan MeSTI. Kesemua produk Redlife Sdn Bhd mendapat pensijilan HALAL dari JAKIM Malaysia.
Pentadbiran dan pengurusan syarikat Redlife dikawal dengan pasukan REDSTAR yang berpengalaman dan mampu memberi perkhidmatan terbaik. Program latihan pendidikan yang dikendalikan sendiri oleh pasukan pengurusan Redlife merupakan kekuatan utama bagi menghasilkan kejayaan.
MOTO REDLIFE
"1 TEAM 1 LOVE"
Modern Lifestyle - Redlife memberikan gaya kehidupan yang moden serta meningkatkan taraf kehidupan ke arah lebih berkualiti.
Redlife sebagai syarikat utama yang mampu berdaya saing di dalam bidang Jualan Langsung.
Redlife dapat meneroka dan melebrakan sayap perniagaan ke negara - negara serantau ASEAN.
Redlife akan menghasilkan set lengkap dari semua kategori produk berkualiti seperti set produk Health Care, Body Care, Cosmetic, Skincare & Daily Consume Base.
Mewujudkan sistem pendidikan khusus di dalam bidang perniagaan dibawah REDLIFE EDUCATION CENTRE. Sistem ini akan menghasilkan Graduan berkualiti serta mampu mencapai status jutawan.
Keyakinan dan Penerimaan: Keyakinan dapat menyingkirkan segala keraguan manakala penerimaan membolehkan seseorang menghadapi kenyataan. Setiap orang yang menginginkan kehidupan yang lebih bermakna untuk diri sendiri ataupun orang yang dikasihi mesti mempunyai kedua-dua nilai ini. Dua nilai ini dapat mendorong seseorang untuk berusaha keras, di samping menguatkan minda dan jiwa. Dengan ini, seseorang tidak menerima kegagalan tetapi mengambil setiap kegagalan sebagai satu pembelajaran, satu lagi langkah atas tangga kejayaan.
Keluarga dan Masyarakat: REDLIFE dibina atas dasar konsep kejayaan sebenar diringi nilai keprihatinan. Kebajikan golongan kurang bernasib baik merupakan tanggungjawab semua. Kami berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa dalam usaha mencapai kejayaan individu atau kehidupan yang lebih baik untuk keluarga kita tidak harus mengabaikan tanggungjawab kita terhadap masyarakat untuk menyokong dan memuliharanya. Lagipun, sebuah keluarga yang bahagia merupakan sebahagian daripada masyarakat yang makmur dan harmoni.
Integriti: Kejayaan REDLIFE berpunca daripada integriti dan ketulusannya dalam pengurusan perniagaan dan segala aspek yang berkenaan. Bagi kami, pencapaian komersial hanya bermakna jika diiringi bersama-sama kepercayaan, kejujuran dari semua pihak yang berurusan dengan kami.

MEET THE TEAM

ENGKU MURAD ENGKU IBRAHIM
CHAIRMAN OF REDLIFE
MADAM BOEY
OPERATION MANAGER
ZUL HAFIZ
BUSINESS DEVELOPMENT MANAGERSCHOOL OF ADVANCE LEARNING

Independent New Entrepreneur Workshop (INEW)
Independent New Entrepreneur Workshop (INEW) is a learning program under scope of Redlife School of Advance Learning for new member…
阅读更多