Redlife Team

PROFILE SYARIKAT

Redlife Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada 1hb Jun 2011. Kini syarikat REDLIFE telah berwajah baru seiring dengan perkembangan perniagaan masa kini. Ibu pejabat REDLIFE terletak di Kompleks Sempilai Jaya, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kami adalah perintis utama didalam bidang Jualan Langsung yang membekalkan produk minuman, kesihatan & keperluan harian yang bemutu tinggi. Makmal Penyelidikan & Pembangunan kami  dilengkapi dengan peralatan canggih dan kemudahan berteknologi tinggi dalam persekitaran yang canggih.

Kilang kami bertaraf ISO 9001, ISO 22000, dan mendapat pengiktirafan MeSTI. Kesemua produk Redlife Sdn Bhd mendapat pensijilan HALAL dari JAKIM Malaysia.

Pentadbiran dan pengurusan syarikat Redlife dikawal dengan pasukan REDSTAR yang berpengalaman dan mampu memberi perkhidmatan terbaik. Program latihan pendidikan yang dikendalikan sendiri oleh pasukan pengurusan Redlife merupakan kekuatan utama bagi menghasilkan kejayaan.

MOTO REDLIFE

"1 TEAM 1 LOVE"

Modern Business - Redlife menyediakan satu platform kerjaya professional bercirikan konsep perniagaan masa kini.

Modern Lifestyle - Redlife memberikan gaya kehidupan yang moden serta meningkatkan taraf kehidupan ke arah lebih berkualiti.

Redlife sebagai syarikat utama yang mampu berdaya saing di dalam bidang Jualan Langsung.

Redlife dapat meneroka dan melebrakan sayap perniagaan ke negara - negara serantau ASEAN.

Redlife akan menghasilkan set lengkap dari semua kategori produk berkualiti seperti set produk Health Care, Body Care, Cosmetic, Skincare & Daily Consume Base.

Mewujudkan sistem pendidikan khusus di dalam bidang perniagaan dibawah REDLIFE EDUCATION CENTRE. Sistem ini akan menghasilkan Graduan berkualiti serta mampu mencapai status jutawan.

Ilmu pengetahuan: Kami percaya ilmu pengetahuan akan membuka pintu peluang dalam kehidupan kita. Setiap orang harus berkeyakinan teguh dan mempunyai keinginan tinggi untuk mencapai matlamat hidup. Hidup ialah satu proses pembelajaran yang berterusan dalam memajukan setiap aspek kehidupan. Disiplin dan pengawalan diri merupakan peralatan yang tidak boleh diabaikan dalam pembelajaran, tembok martabat manusia.

Keyakinan dan Penerimaan: Keyakinan dapat menyingkirkan segala keraguan manakala penerimaan membolehkan seseorang menghadapi kenyataan. Setiap orang yang menginginkan kehidupan yang lebih bermakna untuk diri sendiri ataupun orang yang dikasihi mesti mempunyai kedua-dua nilai ini. Dua nilai ini dapat mendorong seseorang untuk berusaha keras, di samping menguatkan minda dan jiwa. Dengan ini, seseorang tidak menerima kegagalan tetapi mengambil setiap kegagalan sebagai satu pembelajaran, satu lagi langkah atas tangga kejayaan.

Keluarga dan Masyarakat: REDLIFE dibina atas dasar konsep kejayaan sebenar diringi nilai keprihatinan. Kebajikan golongan kurang bernasib baik merupakan tanggungjawab semua. Kami berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa dalam usaha mencapai kejayaan individu atau kehidupan yang lebih baik untuk keluarga kita tidak harus mengabaikan tanggungjawab kita terhadap masyarakat untuk menyokong dan memuliharanya. Lagipun, sebuah keluarga yang bahagia merupakan sebahagian daripada masyarakat yang makmur dan harmoni.

Integriti: Kejayaan REDLIFE berpunca daripada integriti dan ketulusannya dalam pengurusan perniagaan dan segala aspek yang berkenaan. Bagi kami, pencapaian komersial hanya bermakna jika diiringi bersama-sama kepercayaan, kejujuran dari semua pihak yang berurusan dengan kami.
Penyelidikan dan pembangunan merupakan tahap pertama pada perkembangan perkhidmatan baru yang berpotensi atau proses pengeluaran. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan REDLIFE yang berpengalaman bersedia untuk berkhidmat sebagai penasihat atau sumber R & D dalam pengajian dan pembanguan produk baru yang inovatif dan unik. Di samping melaksanakan pengumpulan data mengenai produk baru, mereka turut memperbaiki perkhidmatan atau produk yang sedia ada. Maka, lahirnya produk-produk REDLIFE yang cukup berkualiti dan berkesan.

MEET THE TEAM

ENGKU MURAD ENGKU IBRAHIM

CHAIRMAN OF REDLIFE
 

MADAM BOEY

OPERATION MANAGER
 

ZUL HAFIZ

BUSINESS DEVELOPMENT MANAGER
 
Language
Inline

OOPS! It seems like popup content field is empty, Please add the following shortcode to Popup Content field from Facebook > Auto Popup settings .

[efb_likebox fanpage_url="maltathemes" box_width="250" box_height="" locale="en_US" responsive="0" show_faces="1" show_stream="0" hide_cover="0" small_header="0" hide_cta="0" animate_effect="fadeIn" ]

Don't forget to replace the maltathemes with your page ID